MENCARI EJEN HARTANAH BERDAFTAR?
JUAL, BELI, SEWA, PAJAK & LELONG HARTANAH
EJEN HARTANAH
YANG AKAN MEMBANTU ANDA DALAM MENCAPAI MATLAMAT ANDA
Ejen Berdaftar
Berdaftar dengan Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah & Pengurus Harta (LPPEH) Malaysia. No Pendaftaran ialah PEA3211.
Jual, Beli, Sewa, Pajak & Lelong
Membantu setiap pelanggan secara Professional, Amanah dan Berdedikasi. Dan memastikan bahawa setiap transaksi di lakukan secara adil dan mematuhi undang-undang.
Tiada Risiko, Tiada Penalti
Agensi fi hanya dikenakan atas setiap kes jualan, sewaan/pajakan atau lelongan yang berjaya sahaja.
TESTIMONIAL
SKOP KERJA EJEN HARTANAH
View Video ini Sekarang
Terlalu ramai ejen hartanah di luar sana. Dan setiap ejen tersebut memiliki kelebihan dan kekuatan mereka masing-masing. Walaupun terdapat perbezaan yang jelas antara setiap ejen hartanah, tetapi tugas dan tanggung jawab hakiki adalah sama. Nak tahu apa skop kerja ejen hartanah? Boleh view video ni.
Sekiranya anda masih tidak jelas tentang skop kerja ejen hartanah, dan bagaimana ejen hartanah yang kompeten boleh melaksanakan strategi jualan yang berkesan. Klik butang whatsapp di skrin belah kiri. Saya sedang menunggu anda.
MOHON KONSULTASI PERCUMA
Daftar sekarang, tempat terhad.
TENTANG SAYA
EJEN HARTANAH MOHD SHAH DOLAH - PEA 3211
- 2022: Certification of Estate Agency (Institut Penilaian Negara)
- 2004: Bachelor of Technology (Honours) Information System, Universiti Teknologi Petronas
- 1996: Diploma in Multimedia (Kolej Latihan Telekom & Universiti Malaysia Sarawak)
Nama saya Mohd Shah Dolah. Saya merupakan ejen hartanah berdaftar dengan Lembaga, Penilai, Pentaksir dan Ejen Harta Tanah Malaysia. No pendaftaran saya di Lembaga Penilai ialah PEA 3211. Saya telah membantu ramai pemilik hartanah menjual, menyewa atau memajakkan hartanah mereka.
Saya di lahirkan pada bulan March tahun 1980 di Petaling Jaya Selangor. Saya membesar di Taman Segar Cheras sebelum berpindah ke Taman Tuanku Jaafar, Senawang Negeri Sembilan. Perpindahan ke Senawang berlaku pada ketika umur saya 9 tahun dan saya bersekolah di Sekolah Kebangsaan Senawang. Seterusnya saya melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Kebangsaan Senawang (SMKS). Saya hanya belajar selama beberapa bulan di SMKS sebelum saya berpindah sekolah ke Sekolah Menengah Kebangsaan Methodist ACS Seremban. Oleh kerana keputusan PMR yang sedikit baik, saya di terima masuk untuk melanjutkan pelajaran tingkatan 4 dan 5 di Sekolah Menengah Teknik Tuanku Jaafar di Seremban.
Setelah tamat SPM saya telah diterima masuk untuk menyambung diploma di Kolej Multimedia Pusat Latihan Telekom Jalan Semarak Kuala Lumpur di dalam bidang IT sebelum melanjutkan pelajaran ke Universiti Teknologi Petronas pada tahun 2000 di dalam bidang yang sama. Pada tahun 2004 saya memulakan kerjaya di dalam bidang perbankan dan kewangan dan telah menyertai beberapa buah bank seperti Amanah Short Deposit Berhad, MIDF Investment Bank Berhad, Hong Leong Islamic Bank Berhad, Maybank Islamic Bank Berhad dan terakhir sekali ialah Cagamas Berhad. Saya mula menceburi bidang hartanah ini bermula dari tahun 2016.
Saya berasa sangat bergembira kerana dapat berkongsi sedikit kisah saya dengan anda semua. Pada masa yang sama, saya juga berasa tidak sabar untuk membantu anda merealisasikan sebarang matlamat anda di dalam bidang hartanah (seperti menjual, membeli, menyewakan atau pelaburan hartanah seperti lelong) ataupun sekiranya anda menghadapi apa-apa permasalahan atau isu berkaitan hartanah, jangan ragu-ragu lagi. Hubungi saya dengan segera!
Sekian, Terima Kasih.